Thursday, January 20, 2011

MELANCONG KE SINGAPURA - ' SINGAPORE UNIVERSAL STUDIOS ' BEST!

SEWAKTU DALAM BAS PERSIARAN 707 MELAKA-SINGAPURA

Actually, since Bulan Disember 2010 aku dan farish sememangnya dah plan teringin benar nak ke Bali. Hari-hari bukak internet saje-saje tgk blog mereka-mereka yg pernah melancong ke Bali. Siap beli peta Indonesia lagi tu nak tgk pelan tempat-tempat menarik di Bali. Check juga harga flight kalau ada yg menarik. Pastu wat comparison MAS atau Air Asia. Nasib baikla passport dah settle kan awal-awal.

Tapi, masuk je Bulan Januari 2011, selera kitorang tiba-tiba berubah. Bali not economical. Just tgk pantai dan jalan-jalan tpt bersejarah je. Lain-lain tu just buang duit atas flight ngan hotel je. Lastly, kitorang tetibe jerr terplan nak melancong ke Singapura. Dulu penah ckp apa barang ke Singapore. Nah, hambik kau. pergi gak akhirnya. Not bad la Singapura, banyak benda baru kita dpt belajar. One more thing yg menarik kt Singapura skang ni, ialah SINGAPORE UNIVERSAL STUDIOS! Huh mantap!


LALUAN KENDERAAN DI TAMBAK JOHOR

So, nak dipendekkan cerita, termelanconglah kitorang berdua ala-ala honeymoon ke Singapura selama 3 hari 2 malam.


Hari Pertama (Ahad-16 Januari 2011)

Kitorang gerak dari Melaka Sentral jam 9.00 pagi dengan Bas Persiaran 707 (bukan citer seram Skrip 7707 yer). Kitorang dh siap-siap beli tiket pergi balik skali dengan harga RM 140.00 (berdua pergi-balik Melaka-Singapore-Melaka).

Setelah hampir tiga jam perjalanan, kami pun tibalah di Imigresen Tambak Johor untuk urusan check passport. Simple je, staff imigresen tu juz tgk muka kita sama tak ngan gambo kt passport tu. Pastu naik bas semula melalui Tambak Johor. Tambak Johor memang agak sesak pada hari tu. Maklumlah kitorang sampai dh waktu puncak walaupun Ahad cuti. Maklumlah, orang Singapore nak shopping jugak kt Malaysia dan orang Malaysia pun berpusu-pusu mencari arah tuju ke Singapore. Sebaik sampai je di kaunter imigresen Singapura, turn Farish terlebih dahulu masuk tunjuk passport ngan embarkation card kt sorang mamat imigeren Chinese Singapore. Macam-macam la dia tanye. Apa tujuan ke Singapore? Singapore stay kt maner? dah book hotel ke belum? duit bawak berapa? berapa nombor bas?
Lastly, aku masuk jugak ke kaunter bantu Farish menjawab soalan demi soalan mamat Singapore tu. Aku jawabla in  Singlish (Singapore-English)..kitorang ke Singapore nak melancong selama 3 hari, hotel kitorang tak book pun, travel like backpakers ma... kitorang bawak SGD800 (bersamaan RM 2000.00) jer...cukupla tu utk 3 hari. apalah sgt bwk lebih2.kitrang juz 3 hari je kt Singapore ni. Tp, yg tak bestnye, cara mamat imigresen tu ckp macam dia sorang je yg bagus. Whatever pun, mamat tu cakapla kt kitorang ni 'WELCOME TO SINGAPORE'

LITTLE INDIA SINGAPURA (PIC DIAMBIL DARI DALAM BAS)

BUGIS STREET  SINGAPURA


JUGA BUGIS STREET SINGAPURA



JALAN-JALAN DI SEKITAR ROCHO ROAD 

Destinasi pertama kitorang ialah di Queen Street, Bugis di mana letaknya stesen bas ekspress dan domestik serta teksi inter bandar. Sebelum cari hotel untuk menginap, aku ngan Farish dah kebuluran hampir 5 jam tak makan. Kt sini memang jgn harap nak jumpa nasi bungkus. Majoriti restoran cina. Lastly, kitorang lunch kt Burger King (fast food di Singapore mcm Mc D, KFC, Burger King adalah halal). Lepas makan, kitorang jalanlah mencari tempat untuk menginap.

SUMMER VIEW HOTEL, MIDDLE ROAD



BARU SAMPAI BILIK...FARISH SEMPAT POSE




TV LCD TU...KT BILIK
Sampai di Middle Road, kami check in la di Summer View Hotel. Harganya SGD 160 semalam (kira-kira dalam RM384.00) without breakfast. Hotel mcm tu kalau kt Malayisa taraf 3 bintang. Tp harganya ala-ala 5 bintang. Takpela, janji ada bathtub. Biasalatu..Singapore kan Negara Maju, kos hidup dah maju, harga perkhidmatan pun tinggi.

Lepas check in, lepak-lepak jap, then kitorang terus jenjalan di sekitar Bugis Village. Beli souvenier siap-siap untuk dibawa pulang. Esok lusa senang, tak payah shopping sakan, juz lawatan je. Kt Bugis Village ni, suasananya mcm Petaling Street kt KL la kiranye. Mcm2 pakaian  dan souvenier dijual dengan harga berpatutan. Menariknya kt sini, barang-barang SEKS semuanya dijual secara terbuka. takde sorok-sorok punyer ma..

SIM LIM SQUARE, SINGAPURA
MIDLINK PLAZA

Destinasi berikutnya dengan berjalan kaki, kitorang sempatlah singgah di Sim Lim Square yang terkenal dengan jualan gajet-gajet dan alatan elektornik seperti laptop, i pad, hanphone, kamera dsb. Kalau kt KL tu mcm Plaza Low Yat la. Farish sempatla sambar PSP sejibik yang berharga SGD 320 termasuk memory card 8 Gig (kira-kira dlm harga RM 730...kt Malaysia tak dpt harga mcm tu. Paling murah pun RM 799).

Memandangkan poket dh hampir menipis, aku sempat lagi tukar dlm RM 500.00 kt money changer di Sim Lim Square tu( dapatlah lagi dlm SGD 217).

Keluar je dari Sim Lim Square, perjalanan kitorang diteruskan lagi ke menuju ke salah sebuah shopping complex yg cukup mewah di area Bugis iaitu ILUMA. Harga sepasang kasut Nike Original kt sana bernilai SGD 71 (Harga dalam RM170.40).

ILLUMA SHOPPING CENTRE, KT QUEEN STREET



HONEYMOON LERR KATAKAN...

Memandangkan waktu sudah pun menghampiri jam 6.30 petang. Kaki pun dah lenguh nak berjalan, kitorang pelan siap-siap makan malam kt gerai Melayu di Bugis area. Dapatle merasa makan Soto Singapore ngan satey kambing dengan minuman air laici ais. Semua skali dalam SGD 13 (RM 31.20).

SATEY KAMBING SECUCUK SGD 0.50 BERSAMAAN RM1.20 SECUCUK 

KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN MELAYU DAN MAMAK DI BUGIS STREET


Balik hotel jap, rehat-rehat...sambil tilik-tilik barang shopping sepanjang hari ini...heheh

KASUT NIKE ORIGINAL BELI KT ILLUMA - HARGANYA SGD 71 (NAK CONVERT DLM RM KALI NGAN 2.4) HEHE

HAA..INILAH PSP FARISH HARGANYA SGD 320 BELI KT SIL LIM SQUARE SIAP PAKEJ MEMORY CARD 8 GIG

KEY CHAIN NI 18 KESEMUANYA BERHARGA SGD 10 BELI KAT BUGIS VILLAGE

Malamnya, konon tak nak keluar la...tp ckp ngan Farish jom kita kuar-kuar kt sekitar sini-sini je. Malam tu walaupun penat-penat ni, sempat jugakla snap pic 2 - 3 keping kt Bencoolen Link ngan pergi beli stok sarapan untuk esok kt 7e depan hotel ni.

SUMMER VIEW HOTEL, DI MIDDLE ROAD SINGAPURA TEMPAT KITORANG MENGINAP



BURLINGTON SQUARE NIE SEBELAH HOTEL KITORANG...

KAT BENCOOLEN LINK...NI DEPAN HOTEL JE


Balik hotel, berendam jap kt bathtub, pastu tido...Zzzzzzzz...


Sebelum tido...sempat tengok map lagi untuk journey keesokan hari.


Hari Kedua (Isnin-17 Januari 2011)

Awal-awal Subuh kitorang dh bangun, plan utama nak ke UNIVERSAL STUDIO di Resort World Sentosa.
Receptionist kt lobi dh janji nak book kitorang tiket dan van ke sana. Lastly diorang ckp, tiket ke Universal Studio dh abis. Dengan alasan, masuk ke Universal Studio ada limit. Setiap hari derang ada target pelancong. Bukan sembarangan boleh masuk suka suki mcm kt Genting Highlands. Paling elok book kt internet dulu guna credit card.

Tapi, kitorang keraskan hati jugak naik cab terus ke Pulau Sentosa utk riqie2 kalau ada tiket-tiket yg masih kosong atau pun ada ulat-ulat tiket yang jual tiket masuk ke Universal Studio. Tambang cab kt Singapore guna meter tp ada surcharge dlm SGD 3 . So, jumlah tambang dari Bugis ke Resort World Sentosa by Cab hanya SGD 12 sahaja. Kalau nak convert ke RM juz darab je ngan 2.4

Nasib baik sampai kt Resort World Sentosa pagi-pagi lagi, orang masih belum ramai lagi. Dalam hati mcm ada je tiket masuk. huhuhu. tawakal je la. Paling monyok Farish la sbb frust tiket dh abis. Sebelum masuk ke tpt beli tiket, kitorang sempatla pose kt venue2 menarik kt situ.

UNIVERSAL STUDIO DALAM RESORT WORLD SENTOSA NIE LAH - TARIKAN TERBARU SINGAPURA!

HARD ROCK CAFE 
HAA..NIE HARD ROCK HOTEL...TADI TU HARD ROCK CAFE

Kaunter tiket mula dibuka pada jam 9.00 pagi. So, kitorang adalah orang pertama beratur utk membeli tiket kalau ada la...Syukur Alhamdulillah, kitorang dpt jugak membeli tiket masuk UNIVERSAL STUDIO dengan harga SGD 66 per person ( berdua SGD 132 bersamaan RM 316.80 )...Yahooo! Sapa ckp dh abis, saje je pihak hotel tak nak bawak kitorang ke sini dengan alasan maybe la sbb kalau nak ke sana mode of transport ialah van yg diuruskan oleh wakil pihak hotel. kalau nak bawak kitroang berdua, tak balik modal pada pihak hotel. So, pihak hotel juz ignore je la kitorang punyer request ke sana. Tapi, takpela, kan janji tiket masuk ke UNIVERSAL STUDIO dh berada di tangan kitorang. Hehe. Jgn Jelous!



SELAIN TIKET, DAPAT LAGI DISKAUN SGD 5 UNTUK MEAL DAN SOUVENIER


Universal Studio dibuka pada jam 10.00 pagi. Sebelum masuk, kitorang sambung lagi berposing kt Trade Mark Universal Studio sambil wat aksi-aksi lompat katak kegembiraan. hahahaha.








POHON CANDY DI LUAR STUDIO


KARTUN M&M


Seronok sebenarnya masuk ke sini, lagipun Universal Studio ni baru lagi dibina di Singapora. Seingat saya pertengahan tahun 2010 ia dibuka.

Posing punye posing, sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10 pagi dan kitorang berdua antara yang terawal masuk ke UNIVERSAL STUDIO dengan jayanya. ahaks.
Dalam ni ada 7 STUDIO TEMA iaitu :

1). HOLLYWOOD










2). MADAGASCAR






TENGOK TRAVEL GUIDE KT SINGAPORE UNIVERSAL STUDIOS..TAKUT TERSESAT.HUHU...





3). FAR FAR AWAY





MODEL KARTUN SHREK SELEPAS MENONTON FILEM 4 D SHREK

ANTARA MERCHANDISE MENARIK DI FAR FAR AWAY


4). ANCIENT EGYPT








5). THE LOST WORLD






6). SCI-FI CITY


MENAKJUBKAN! BATTLESTAR GALACTICA NIE...SPEED 90 KM/SEJAM


7). NEW YORK























MERCHANDISE YG SEMPAT DIBELI SEMASA DI SINGAPORE UNIVERSAL STUDIOS

Paling best kt Universal Studio yg tak ada kt Malaysia ialah kitorang sempat menonton wayang gambar 4D filem Shrek di Far Far Away Studio. Menariknya, semasa menonton ibarat kita berada menikmati suasana dalam alam cerita tu. Kalau ada air, akan ada percikan air ke muka kita, kalau ada kumbang di tanah, akan terasa seolah-olah kumbang merayap ke kaki kita. Best sgt. 2 kali masuk tgk wayang tu. Memang real.

Lagi satu, kitorang sempatlah juga melawat galeri pembikinan filem oleh Steven Spielberg. Di set studio kitorang sempat menyaksikan secara real sesebuah filem dihasilkan. Depan mata jelas kelihatan ombak, air, api, gempa bumi dan ribut taufan melanda New York siap dengan angin dan air terkena di pakaian kitorang. Memang gilerr la masuk sini.

Setelah penat menjelajah Universal Studio, kami pulang ke Bugis untuk tukar duit lagi. Kami tak tukar di Sentosa Island kerana nilai tukaran akan menjadi terlampau rendah. So, kitorang pergi semula ke Sil Lim Square mencari money changer semalam. Tukar lagi dalam RM 300 ( dapat lagi dlm SGD 132 ). Bajet untuk petang ni dan esok sebelum balik.

Pukul 4 petang, kami tahan cab depan hotel kami terus ke Merlion Park. Tempat replika patung singa, Esplanade Park, Singapore River Cruise dan Marina Bay Sands mercu tanda terbaru Singapura  iaitu hotel dan bangunan kasino bertaraf 6 bintang berada di kawasan ini.

MARINA BAY SANDS








NAIK SINGAPORE RIVER CRUISE HARGANYA SGD 16 PER PERSON


BERLATAR BELAKANGKAN ESPLANADE










HAHA..KALI NI MERLION TENGAH PROCESS RENOVATION
(BUKAN TENGAH MANDI, OK. HAHA)

BERHENTI REHAT KT STARBUCKS...HUJAN TIME NIE




Kemudian kami teruskan perjalanan ke Orhard Road dengan kadar cab still dikenakan caj sama iaitu SGD 12. Di sini banyak shopping complex yg menjual barangan berjenama. Suasana di sini ibarat macam area Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Kami tak shopping pun. Juz jenjalan dan lepak2 tgk gelagat orang Singapore.




PUSAT MEMBELI BELAH TERNAMA DI ORHARD ROAD - 313



Sampai hotel, packing barang untuk pulang esok n Zzzzz....


Hari Ketiga (Selasa-18 Januari 2011)

Hari last ni, kitorang tak plan nak jalan jauh-jauh. Malas dan penat. Lagipun tujuan utama kami ke UNIVERSAL STUDIO dh pun tercapai. So, sebelum menunggu bas untuk pulang ke melaka jam 1.30 petang, kitorang juz jalan2 kt sekitar Bugis Village dengan menghabiskan sisa-sisa Dollar Singapore yang masih ada lagi. Itupun sempat ada balance SGD 77 (kira-kira dalam RM 180.00 lagi).

So, perjalanan pulang kami tolak campur imigresen Singapore - Malaysia takde sebarang masalah berbanding hari tiba kami Ahad lepas. Kitorang pulang ke Malaysia melalui Link Kedua melalui Tuas. Sampai di Melaka jam 5.00 petang saing orang balik kerja. huhuhuhu.

Dari pengalaman melancong ke Singapura, dapatlah kitorang bagi tips skit kalau nak melancong ke Kota Singa :

1. Sediakanlah bajet yang secukup-cukupnya. Tu penting kerana duit Malaysia kalau dah convert ke Singapore Dollar, memang kecil sangat. Kos hidup, makanan, hotel di sana memang tinggi. So, bersiap sedialah dari sekarang untuk menyimpan yea.

2. Study dahulu lokasi dan tempat-tempat yg ingin dilawati sebelum ke Singapura. Pastikan ada maps ketika melancong.

3. Orang Singapura nie kalau tanye sepatah jawab sepatah. so, kena pandai berkomunikasi dengan mereka. Mereka tak suka 'nasi tambah'.

4. Tempat tunggu cab dan tempat tahan bas berbeza. Macam kt Kl jugakla,kan.

5. Sudah semestinya, di Singapura merokok di tempat awam, membuang sampah memang mudah kena kompaun. Tak percaya cubalah...

6. Melintas jalan ada tempat dan ketikanya, bukan sembarangan kita boleh lintas.

7. Stesen bas utama di Singapura iaitu di Queen Street tiada tempat duduk yea. Harap maklum. Orang kt sini very functual dan menepati masa. No lepak-lepak.

8. Jangan mudah melenting atau kecik hati dengan orang Singapore kalau bercakap. Mereka memang 'Kiasu'.Itu budaya mereka. Tak faham cari dalam kamus.

9. Jangan lupa kalkulate perbelanjaan anda setiap kali berbelanja agar tidak over bajet. 1 Dollar Singapura (SGD 1.00) bersamaan RM 2.40 duit kita.

10. Rata-rata toilet kat Singapura takde pili air. Kalau nak beristinjak tu, bawaklah botol air mineral kosong untuk atau gayung kecil dalam beg anda setiap masa.

Selamat melancong!

2 comments:

  1. hi,

    bas persiaran tu stop kt woodland ke?

    -hafiz

    ReplyDelete
  2. thanks for the great info. plan nak pegi next month.

    ReplyDelete