Friday, June 10, 2011

KUCING KESAYANGAN - PART 2

KELVIN TENGAH LANDING KAT DAPUR
(sudu plastik tu sape jatuhkan ni??)

Kelvin tengah skodeng mama farish mandi.hehehe...

GUCCI TENGAH TITUN
(zzZzzZZ..zzZZZZ...)
Pinjam mata boleh?

Kali ni, kitorang nak cakap fasal maintenance menjaga dan memelihara kucing ni. Siapa yang tak sanggup nak laburkan sikit duit untuk makanan, ubat, pasir, mainan dan segala kelengkapan kucing dan juga tiada kesabaran yang tinggi, baik tak payah berangan-angan nak bela kucing. Nanti siapa yang susah, kucing dan diri kita sendiri yang akan susah, kan.
CAGE MEOW BERHARGA RM150 YG AKHIRNYA JADI 'DINING HALL' SI COMEL

Kucing kitorang, Kelvin dan Gucci ni jenis indoor cat. Memang masa dijaga oleh tuan asalnya, tak pernah langsung jejak kaki kat tanah. Apatah lagi, kitorang berdua ni jenis yang bekerja. Takde masa untuk lepaskan kucing merayap ke luar kawasan rumah. Walaupun Kelvin dan Gucci ni jenis indoor cat, kitorang takdela sampai hati nak kurung mereka budak 2 ekor ni dalam sangkar. So, kami lepaskan sahaj mereka dalam rumah. Buat macam rumah sendiri. nak tido kat sofa, guling-guling kat lantai dapur, landing kat stor, main kejar-kejar kat ruang tamu, masuk bilik air,...silakan. Ruang dalaman rumah pun luas. Nasib baiklah mereka budak 2 ekor ni pandai kencing dan berak kat pasir khas yang dibeli kat petshop.
INILAH TEMPAT KAIS MENGAIS BILA NAK CICING DAN YAK YAK CUK

Bercakap tentang makanan kucing pulak, kitorang asalnya tak tahu menahu apakah jenis makanan yang sesuai untuk si manja kitorang. Sebelum kami beli Kelvin dan Gucci dari tuan asalnya, kami diberitahu terlebih dahulu, makanan yang mereka berikan untuk budak comel 2 ekor ni bukan sembarangan makanan kucing. No Frieskies and No Whiskas. Kalau kita banyak maklumat tentang makanan kucing ni, makanan yang komersial seperti itu kurang sesuai untuk kucing. Untuk itu, tuan asal budak 2 ekor ni cadangkan beri makanan premium untuk kucing seperti Royal Canin dan Hills Science Plan. Itu memang makanan asasi kucing yang terbaik buat masa ini. Bagus untuk kesihatan optimum kucing, menjaga kesihatan kulit, melebatkan dan mencatikkan bulu, baik untuk kurangkan bebola rambut (bulu yang masuk perut kucing) melalui pencernaan, kurangkan masalah gigi kucing dan menjaga berat badan ideal indoor cat. Malah, jika kita pergi ke petshop, alangkah obsesnya kitorang ngan makanan premium kucing yang lain setaraf dengan Royal Canin dan Hills Science Plan seperti Aims, Blackwoods, Pro Nature. Semuanya berharga lebih RM 45.00 untuk 2 kg dan padat dengan maklumat pemakanan terbaik kucing seperti protein, serat dan vitamin.
STOK MAKANAN UNTUK 2-3 BULAN. 

ROYAL CANIN PERSIAN 30 UNTUK LEBAT DAN CANTIKKAN BULU 
SERTA KURANGKAN MASALAH HAIRBALL
(RM90.00 = 2 KG / BOLEH TAHAN 2 BULAN UNTUK 2 EKOR KUCING)

ROYAL CANIN SENSIBLE 33 UNTUK MENAMBAH SELERA KUCING BAGI KUCING YANG MEMILIH SANGAT MAKANAN SERTA KUATKAN SISTEM PENGHADAMAN
(RM100.00 = 4KG / BOLEH TAHAN 2 BULAN UNTUK 2 EKOR KUCING)

ROYAL CANIN HAIR&SKIN 33 UNTUK SIHATKAN KULIT 
DAN CANTIKKAN BULU KUCING 
(RM75.00 = 2 KG / BOLEH TAHAN 2-3 BULAN UNTUK 2 EKOR KUCING)
(boleh campur dengan kibble RC yang lain)

HILLS SCIENCE PLAN MEMANG SESUAI UNTUK PENJAGAAN OPTIMUM
(RM44.00 = 2KG / TAHAN SEBULAN UNTUK 2 EKOR KUCING)

SAJE-SAJE PERNAH TRY MAKANAN SUPER PREMIUM INI IMPORT FROM USA
(RM19.00 = 400 GRAM / TAHAN 10 HARI SAHAJA)

ANTARA YANG TERBAIK JUGA-AIMS
(RM52.00 = 3 KG / BOLEH TAHAN 2-3 BULAN UNTUK 2 EKOR KUCING)

TAK MAINLA MINUM GELAS KECIK.
HAMBIK KAU, BALDI TERUS!


Tuan asal juga sempat pesan kepada kitorang, Kelvin dan Gucci ni dah divaksinkan awal tahun ini. Kad vaksin masih kitorang simpan bila-bila nak ke klinik veterinar satu masa nanti.
NI CATNIP. HANYA KELVIN SAHAJA PANDAI MAIN BENDA NI.
LEKA DIBUATNYA. 

Thursday, June 9, 2011

KUCING KESAYANGAN - PART 1

Namanye meow ni, Kelvin
Kitorang berdua beli dari Pn. Aishah Husin dari Tampin yg keje kt Jab. Veterinar N9
pada 24 April 2011 yang lalu...
masa ni Kelvin nye usia nak masuk 8 bulan
Si Kelvin lagi...
masa minggu pertama dengan kami.
Masih berusaha menyesuaikan diri ngan suasana family angkat yg baru.
                                                                             
 
Yang ni pulak Gucci namenye.
Matanya bulat. 
Mix persian kata tuan asalnya.
Dapat sepasang masa beli ngan tuan asal.
Masing-masing aktif, kuat makan, kuat tido n kuat main.
jenis makanan : Royal Canin Sensible 33, Royal Canin Persian 30, Royal Canin Hair n Skin Coat 33, 
Hills Science Plan dan Aims
pandai poo...kt pasir litter
dah divaksinkan (siap ada sijil vaksin masa beli ngan tuan asal yg baik hati).

aku dan farish sayang sgt kat derang 2 ekor ni!